Saturday, February 9, 2019

Wedding Checklist by Cikgu Tyna

GUIDELINE FOR FUTURE BRIDE AND GROOM 

Programs in the actual wedding day should be established days before the wedding to be able to set everything up. This is a big task for the groom and bride if they do not have a wedding planner. But if they do, they still need to collaborate so everything will go as they want and so they will be oriented of the timely manner that’s going to occur on the actual wedding day. I hope this checklist will help the groom and bride in preparing in you big day!
Majlis Perkahwinan diatur dan dirancang lebih awal sebelum hari kejadian sebenar. Ini adalah tugas besar bagi pengantin lelaki dan pengantin perempuan. Jika mereka tidak menggunakan perkhidmatan Perunding Perkahwinan. Jika anda melakukannya sendiri, anda masih perlu bekerjasama supaya segala yang terjadi adalah seperti yang anda mahu dan supaya semuanya berjalan dengan baik dan lancar sesuai yang diharapkan dan itulah yang terjadi pada hari besar anda. Saya berharap senarai semak ini akan membantu pengantin lelaki dan pengantin perempuan dalam mempersiapkan anda pada hari yang besar dan membahagiakan! 

(Based on Malaysian Wedding)(Berpandukan Majlis Perkahwinan di Malaysia) 











This checklist may change according to the needs of the bride. Can according to their needs and requirements.

Senarai semak ini mungkin boleh berubah mengikut keperluan bakal pengantin. Bolehlah mengikut kehendak dan keperluan masing-masing.



"Kami mendoakan agar segala persiapan majlis anda 
berjalan dengan baik. Selamat berbahagia."



TIPS PENTING KEPADA BAKAL PENGANTIN

Berbelanja sebelum, semasa dan selepas majlis perkahwinan haruslah diatur dengan baik. Selepas majlis perkahwinan, maka tanggungjawab yang baharu adalah rumahtangga anda. Kita mulai hidup bersama dan mengetepikan segala kepentingan diri sendiri. Maka apapun yang kita lakukan adalah demi kelangsungan hidup bersama. Kita mulai hidup di rumah sendiri, maka tanggungjawab suami isteri mengisi rumah dalam segala aspek termasuklah rohani, ekonomi, material, keperluan harian dan sebagainya. 




Untuk persiapan awal agar makanan yang dihidangkan kepada para tetamu jemputan adalah mencukupi. Maka inisiatif lain seperti menyediakan makanan tradsional. Makanan ini dikendalikan dalam kalangan keluarga yang telah dilantik. Hal penting dalam sesebuah majlis keramaian termasuklah majlis perkahwinan adalah memastikan makanan dan minuman yang dihidangkan adalah mencukupi. Lebih sedikit lagi baik dan selamat. Katerer yang dipilih untuk menyediakan makanan yang ditempah juga harus dilebihkan dari jumlah anggaran. Misalnya anggaran tetamu yang hadir adalah 2000 orang, maka lebih selamat kita tempah makanan yang boleh menampung seramai 2100 orang. Makanan yang lebih di akhir majlis boleh dibagi-bagikan kepada saudara-mara, jiran tetangga dan sahabat handai. 





Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua pembaca. Selamat berbahagia.




2 comments: